Tuesday, December 6, 2011

BLOG UNTUK KITA BERKONGSI BERKAITAN ALAM SEKITAR DAN UNDANG-UNDANG JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Saya di sini mahu berkongsi dengan anda semua isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan perundangan alam sekitar yang ada di Malaysia. Mutakhir ini isu alam sekitar menjadi isu yang hangat untuk dibincangkan. Berbagai perkara telah dibangkitkan sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa. Isu seperti pemanasan global, climate change sentiasa mendapat tempat untuk diperkatakan. Sumber-sumber pencemaran ini ada di sekeliling kita yang mana sedar atau tidak kita sendiri adalah penyebab utama berlakunya pencemaran.


Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perundangan alam sekitar adalah Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Saya bertuah kerana bekerja di Jabatan ini dan boleh memberi sedikit sumbangan bagi menjaga alam sekitar daripada terus tercemar disebabkan pembangunan yang berlaku dengan rancaknya sekarang.


Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan perundangan Jabatan Alam Sekitar yang mana segala peraturan berkaitan dengan undang-undang alam sekitar telah dirujuk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak industri boleh berkongsi maklumat atau meminta pendapat berkaitan dengan pengurusan premis mereka berkaitan dengan akta ini. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan pendapat daripada anda semua yang boleh membantu meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan cara menguruskan sumber alam dengan berkesan dan mampan.


Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah digunapakai sebagai rujukan untuk menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Di dalam akta ini telah dikuatkuasakan peraturan bagi punca-punca pencemaran seperti pencemaran udara, tanah dan udara yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian lagi. kalau saya nak huraikan di sini satu persatu rasanya byk sgt nak kena tulis. Anda boleh merujuk terus dengan mendapatkan buku akta ini di kedai buku yang berdekatan atau merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my


Dalam akta ini terdapat 51 Seksyen  dan beberapa peraturan dan perintah yang menyokong seksyen tersebut. Untuk melihat seksyen dan peraturan yang berkaitan anda boleh klik di sini.Ok rakan-rakan semua. blog ini akan saya update dari masa ke semasa. So buat masa sekarang itu saja yang dapat saya kongsikan. maklumlah ada kerja hakiki nak kena buat. salam untuk semua.